31.10.14

Matikan fungsi right-click

disable right click

Tutorial disable right-click adalah tutorial yang selalu dicari oleh para blogger bagi melindungi artikel mereka daripada menjadi mangsa copy paste oleh individu tertentu. Sebenarnya, ada pro dan con apabila mematikan fungsi right-click ini. Namun, bukan itu yang ingin disampaikan. Mungkin di artikel yang lain hal ini boleh dijadikan perbincangan. Terus kepada tutorialnya.

Apa yang anda perlu lakukan adalah hanya perlu copy paste kod di bawah ini ke dalam tag <body>
oncontextmenu='return false;' oncopy='return false;' ondrag='return false;' ondragstart='return false;' onkeydown='return false;' onkeypress='return false;' onmousedown='return false;' onselect='return false;' onselectstart='return false;'
Jika diperhatikan kod di atas, ianya tidak terhad kepada right-click sahaja. Fungsi select, drag dan shortcut kekunci juga dimatikan. Jika anda ingin hidupkan balik mana-mana fungsi, sila delete bahagian kod itu atau tukarkan sahaja false kepada true.

Tiada apa yang sempurna. Kelemahannya adalah apabila javascript di browser dimatikan maka kod di atas tidak akan berfungsi. Sebagai alternatif bagi menyukarkan kerja copy paste mereka, anda boleh guna cara ini. Apabila javascript dimatikan, page akan menjadi kosong atau lebih tepat menjadi blank page.

Cari ]]></b:skin>] dalam template anda, kemudian copy paste kod berikut di bawahnya.
<noscript>
<style type='text/css'>
body{
display: none;
}
</style>
</noscript>
Harus diingat, tiada cara mutlak untuk menghalang seratus peratus kegiatan copy paste ini tetapi apabila menggunakan cara di atas sedikit sebanyak mampu menyusahkan mereka untuk berbuat aktiviti yang tidak menghargai penat lelah seseorang dalam menghasilkan sesuatu artikel yang berkualiti.

Start typing and press Enter to search